Skip to main content

Kolej-kolej di UiTM Segamat Johor




                Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Seperti tajuk kat atas tu,kali ni aku nak cerita pasal kolej pulak.Kolej ni macam asrama la.Aku tau korang concern dan risau nak mampus punya pasal kolej kat UiTM ni macam mana..Sebenarnya aku nak include gambar sekali tapi aku tak pergi ambil gambar pulak sebab busy,TAPI dalam masa terdekat ni aku pergi tawaf UiTM untuk ambil gambar luar kolej.Untuk kolej siswi mungkin aku boleh tolong ambil gambar bilik,kalau siswa taklah,mampu describe saja hehe.


               Kolej dekat UiTMJ ni terbahagi kepada 3 sektor.Sektor A,B,dan C.Sektor A ialah sektor kolej siswa dan Sektor B dan C ialah sektor kolej siswi.Sektor A ni berada kat tengah2 kawasan UiTM manakala sektor B&C pulak kat kiri dan kanan kawasan UiTM.Pelikkan?Kolej siswa semua nama keris,manakala kolej siswi nama permata.

Sektor A
1.Kolej Sulok Belingkung(SB)
2.Kolej Taming Sari(TS)
3.Kolej Sempana Riau (SR)

Sektor B
1.Kolej Mutiara
2.Kolej Baiduri
3.Kolej Nilam

Sektor C
1.Kolej Intan
2.Kolej Zamrud
3.Kolej Si Manja Kini (SMK)(asalnya kolej siswa)
4.Kolej Sempana Alam Buana(SAB)(tak silap aku ni pun kolej siswa dulu2)


                 Setiap sektor ada kelebihan dan kekurangan masing2(macam cakap pasal manusia pulak).Sektor A ni dekat dengan PI(Pusat Islam/Masjid),senang nak pergi solat jumaat.Sektor B pulak dekat dengan segala padang dan court,serta blok kelas(gerak 15 minit sebelum kelas pun belum tentu korang lambat).Sektor C pulak dekat dengan IFC(Intan Food Court) dan dewan kecuali Dewan Sri Temenggong(DST) dan dewan kuliah.


              Setiap sektor jugak ada kolej yang terbaik(?) Dia macam kolej tu paling best la,meh aku describe best dia camne.

 Bagi sektor A,kolej paling best kolej sulok belingkung.Why tho ? Sebab landskap dan prasarana dia macam hotel/kawasan banglo camtu.
Inilah rupa kolej Sulok Belingkung.Cantik en?Kolej ni sediakan gym outdoor dan jugak vending machine(aka gedegang)

Tapi kolej ni diutamakan kepada warga Komander Kesatria dan juga ahli Green Pheonix Marching Band.Kenapa?Sebab mereka banyak bertugas untuk orang atasan.Btw,aku ambil gambar ni dari twitter MPP UiTM Segamat,so korang boleh check them out untuk lagi banyak info.


Bagi sektor B,jujur aku cakap aku tak tau mana yang best.
Dari sudut pemandangan dan prasarana lah,bagi aku Kolej Nilam ni cantik,sebab bangunan dia baru,lantai bilik pun berjubin tak silap aku,tapi aku dengar banyak sangat kes mistik kat sana,so aku rasa MEMANG TAK LA KAN?TAPI kolej ni sebelah pusat islam je,jangan tanya aku kenapa benda tu ada.

Kesimpulannya aku rasa Kolej Mutiara paling best.Kenapa?
Kolej ni ada unimart(macam kedai mini,ada jajan minuman alat tulis) dan kolej paling dekat dengan kelas.Depan kolej ni je dah blok kelas,so memang susah sikit nak bukak langsir dan tingkap masa minggu kelas.
1.Ni rupa kolej mutiara.Kolej kat sektor B ni memang tinggi2 sebab siling bilik agak tinggi berbanding kolej lain..Kolej Taming Sari dan Sempana Riau sama dengan kolej di sektor B.
Bawah tu lobi..ada banyak meja dan kerusi,dan jugak water cooler(bukan coway yang pasti).Biasanya malam2 tu ramai la yang study atau buat group discussion kat bawah ni.

Untuk Sektor C pulak,aku rasa Kolej Intan paling best dekat sektor C !!Ni keputusan muktamad dari hati aku.Serious.
Kolej Intan ni paling best sebab dia PALING DEKAT dengan IFC(intan food court).Masa Interim,aku antara warga intan,jadi aku selalu sangat pergi IFC ni,lepas kelas pergi,lepas maghrib pegi(time interim aku tu,bulan ramadhan)memang selalu sangat lah makan tu.Masa semester 1 pulak,aku duduk Kolej Zamrud.AKU TAK MEMBURUKKAN TAU,bila aku duduk kolej zamrud ni aku rasa jauh gilaaaaaaaaaaaaaaa dari IFC tu,walaupun satu sektor?Mungkin bilik aku tu hujung dunia kot.Lepas tu kolej ni agak banyak burung,so bau burung tu agak kuat.Lagi satu,aku tak tau kenapa auntie cleaner kat Kolej Intan lebih bersungguh membersihkan segala tempat daripada Kolej Zamrud?Haaa....itulah pengulasan dia.Walaupun kolej zamrud tu jauh bagi aku,Kolej zamrud la ada gedegang ada SPA.ADA SPA GIRLS~ aku tak tipu eh.Kolej Sempana Alam Buana ada bilik karaoke.Kolej Si Manja Kini ada bilik memasak.
TAPI Kolej Intan ni ada gak kekurangan dia,iaitu,banyak beruk,ada satu kes tu,ada lah warga intan ni,dia punya kurma kena rembat dengan beruk ni.

Sektor C ada bilik untuk 2 orang dan 4 orang.Tak macam kolej lain.Bilik untuk 2 orang ni mostly untuk pelajar sem 2 dan keatas,serta pelajar dekan.Dan bilik kat sektor C ni jauh lagi besar dari kolej lain kecuali Sulok Belingkung.Sulok Belingkung punya bilik lagi besar dari sektor C.TAPI lagi besar bilik tu,lagi panas korang sebenarnya sebab tak dpt rasa angin.

Kemudahan-kemudahan yang berada di setiap kolej

Sektor A
1.Kolej SB - outdoor gym dan mesin gedegang
2.Kolej SR - indoor gym
3.Kolej TS -tak pasti,nanti aku update.
*aku rasa semua kolej ada bilik tv dengan dobi

Sektor B
1.Mutiara-Bilik memasak,unimart,Bilik TV
2.Baiduri-Mesin gedegang,Cyber Cafe,Bilik TV(Kolej ni diutamakan kepada warga Komander Kesatria dan juga warga Green Pheonix Marching Band
3.Nilam-Bilik TV,bilik memasak,mesin gedegang 
*semua ada dobi dan tak silap aku semua ada bilik bacaan

Sektor C
1.Intan - Bilik TV
2.Zamrud- Spa,Indoor Gym,Court Badminton
3.SMK - Court Badminton 
4.SAB - Bilik Karaoke 



Comments

  1. Saya pernah duduk dan belajar di uitm segamat johor. Memang disana. Sejuk dalam hutan di kelilingi ladang sawit.

    Sem 1-4 duduk di sempana riau. .. Fuh kalu pagi2 nok pergi solat subuh di masjid as syakirin mcm dekat cameroon highland rase dia. Kabul tebal. Best sangat. Huhu..

    Pastu sempat juga 2 sem duduk di kolej baru di sulok belingkung. First batch kot duduk situ. Memang happy giler. Yelah bilik dia dah la luas.


    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah i dpt kos ni but at first ragu ii jgk then my teacher yakinkan sruh amik sebab sesuai utk zaman sekarang. But im still takut takut jugak hehe. Sesiapa yg spm2020 yg baca ni semogaa kitaa berjumpaa dan help each other nanti ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun kampus segamat..nnati jumpa

      Delete
    2. Saya PON kat UiTM Segamat nanti...saya course sains com..risau sbnrnya sbb x prnh bljr n tkut x de kerja nanti

      Delete
    3. Samalah saya pun dapat uitm ni...course pengurusan maklumat tapi rasanya dengan keadaan sekarang lama lagi nak jejakkan kaki dekat uitm tu,belajar online jelah😂

      Delete
    4. hahahahgs sama laa dapat course dip sains komputer, nnti jumpa sana

      Delete
    5. Saya pun dapat kat sini jugak.. course investment analysis.. tapi tulah first sem online learning la

      Delete
    6. How was it dpt uitm mana?aq dpt segamat ni cuma risau worth it ke dip anlis plburan ni bleh share sikit x apa yg kau dh beljr ?...

      Delete
    7. untuk sem mac 2022 ramai balik kampus tak

      Delete
    8. macam 70% balik kampus sem mac 2022 ni

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kelas Harian di UiTM Segamat Johor(Pelajar Analisis Pelaburan mesti baca!)

                      Assalamualaikum and hi!Tajuk macam diari pulak kalini hehe.Aku baru balik dari kampung untuk raya aidilfitri.Aku tak study lagi ni!!!Test sabtu ni pula!?Ha~budak UiTM terkenal lah dengan finalnya lepas raya kan?Ok back to the topic aku nak cerita pasal kelas kat UiTM macam mana.Mungkin aku nak cerita sikit pasal course analisis pelaburan atau investment analysis.Sikit je sebab aku tak masuk second year lagi hehe. Blok Kelas Blok kelas terbahagi kepada 3 1.Blok Ilmuwan( Blok I) 2.Blok Cendiakawan(Blok C) 3.Blok ???(Blok U)//(AKU TAK INGAT maafkan aku) Seperti yang aku explain dalam blog sebelum ni (kolej-kolej di uitm segamat),Kolej yang paling hampir dengan blok kelas ialah Kolej Mutiara.Tepi kolej mutiara ni dah nampak Blok I tu berdiri gah.Blok U dan Blok C ni pulak kat bawah Blok I.Blok I ni dia atas bukit.Blok U dan Blok C ni pulak sebelah-sebelah je.         Antara blok U dan blok C ni ada satu kedai bakery.Aku tak sure time interim dia buka ke ta

Tempat-tempat menarik area UiTM Segamat !

           Assalamualaikum,selamat sejahtera ,大家你好!Saya kembali dengan topik baharu jyeah ! XD Korang mesti curious en dengan tempat baru kan?Apa segamat ni,kat mana segamat ni,segamat ni ada apa,segamat ni famous dengan gamat ke (ok hambar).First impression aku time dengar aku dapat segamat is aku ingat segamat ni kat pahang (??) LOL ok proceed.          Betul ke Segamat ni menarik seperti yang ditujukan dalam topik ni ?Segamat ni takdela menarik sangat setanding KL ke Ipoh,tapi bolehla~~ bagi aku selesa dan puas hati jugak dengan ada yang ada. 1.One Segamat Mall One Segamat Mall.Student UiTM panggil OS jer. OS ni dekat dengan terminal bas.Sebelah dia je.Dalam OS ni adalah wayang dengan karaoke untuk korang release stress.Kedai fast food yang ada kat OS ni KFC sahaja.MCD kena pegi tempat lain.Segamat ni ada satu McD je.McD tu depan pasaraya Billion. 2.Pasar raya Cowboy Segamat Pasar raya ni pasar raya paling best yang pernah aku pergi setakat ni !!! Literally,apa