Assalamuaalaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang membaca blog aku ni.Aku nak share sedikit sebanyak info berkaitan dengan UiTM Segamat cawangan Johor.Sebenarnya UiTM Johor ada 2 cawangan,satu kat Segamat,satu lagi kat Pasir GudangMemandangkan ramai jugakla yang tanya aku (ceh tak sampai 10 pun lol) jadi aku tekad nak tulis blog ni.Dalam blog ni aku share pasal minggu destini siswa(mds a.k.a orientasi)
Alright,aku nak cerita pasal Minggu Destini Siswa(mds),biasanya orang panggil minggu orientasi.Selalunya MDS ni 7 hari(dah nama pun seminggu kan?).Minggu ni la minggu korang ulang alik kolej ke dewan untuk pelbagai aktiviti.Antara aktiviti tu,serah dokumen penting,buat kad matrik,dengar ceramah,amali doa dan sebagainya.Proses serah dokumen tu la biasanya lama,boleh ambil 2 hari jugaklah.Jangan ingat 2 hari tu sekejap eh.Minggu ni la minggu korang akan kena makan cepat jalan cepat semua cepat.Kebarangkalian korang yang makan lambat tu akan makan sikit je.Aku nasihatkan bawak makanan/kudap-kudapan.Nanti aku list barang untuk minggu MDS ni kat bawah okay?Dalam minggu ni jugak korang akan tau la blok kelas kat mana(aku tak tau la korang akan tahu ke tak sebab aku penat sangat dan tak fokus.SO AKU TAK TAU KELAS KAT MANA BILA KELAS DAH MULA).Korang jugak akan diperkenalkan jugak kokorikulum.
Kokorikulum ni wajib untuk semester 1.Antara kokorikulum tu ialah,Kesatria Negara(Alpha,Bravo,Charlie),Kesatria Kembara,Pertahanan Awam(APM),Bulan Sabit Merah Malaysia(BSMM),Siswa Bomba(SISBOM) dan akhir sekali Green Pheonix Marching Band(GPMB).
List baranguntuk Minggu Destini Siswa
Siswa
1.Baju kemeja(Warna-warni dan putih.Pastikan yang putih tu ada.Bawak banyak-banyak sebab confirm korang tak sempat basuh)
2.Baju sukan putih(1)
3.Seluar slack hitam(sama macam kemeja)
4.Seluar sukan
5.Kasut kulit dan stocking(untuk event di dewan)
6.Kasut sukan dan stocking(untuk event di padang)
7.Makanan(Gula-gula,biskut,apa2 yang boleh alas perut korang)
8..Dokumen penting(pastikan setiap dokumen ada extra 2)
9.Gambar passport(pastikan ada 16 keping,lebih lagi bagus)
10.Fail(untuk simpan korang punya dokumen)
11.Beg sekolah(lagi besar lagi bagus,jangan bawak beg hiking sudah)
12.Hanger
13.Penyepit
14.Cadar
15.Bantal(suka hati nak bawak berapa sebab UiTM tak sediakan)
16.Febreeze
17.Wet wipes
18.Tissues
19.3 pin point cable wire(optional)
20.Perfume
21.ALAT TULIS
22.Ubat-ubatan
23.DUIT
24.Iron dan iron board
25.Dompet dan IC
26.Towel
27.Toiletries
28.Rak buku/Divider buku
29.Sabun basuh baju & Baldi.
30.Kotak letak barang peribadi(Optional)
31.Charger phone
32.Baju Melayu lengkap
33.Songkok dan sejadah
34.Botol air
-Aku rasa tu je kot bagi siswa.Korang senang je nak survive.Apa2 persoalan boleh tanya kat comment.Etika baju masa pendaftaran adalah baju kemeja warna tak kisah,pakai tie,kasut kulit.Tiada jambang/misai/janggut.
Siswi
1.Baju kurung
2.Tudung bawal(Selendang tak dibenarkan)
3.Kasut sukan dan stocking(untuk event di dewan dan padang)
4.Kasut formal(ini optional,kalau boleh jangan pakai heels.Melecet)
5.Plaster
6.Iron dan iron board
7.Minyak dan ubat-ubatan
8.Sanitary pads
9.Hanger
10.Hanger sotong(yang gantung baju dalam tu,ini optional)
11.Penyepit
12.Febreeze
13.Kotak simpan baju(Dekat DIY,Muji,Ikea,kedai hadiah ada benda ni,mudahkan korang simpan baju dengan kemas)
14.Wet wipes
15.Tissues
16.DUIT
17.ALAT TULIS
18.DOKUMEN PENTING(kalau boleh print extra 2)
19.GAMBAR PASSPORT(pastikan ada 16 keping,lagi banyak lagi bagus)
20.Fail(untuk simpan dokumen penting)
21.Purse dan IC
22.Makanan(bawak banyak,aku tak cakap bawak banyak pun korang bawak banyak rasanya hahahahahah)
23.Perfume
24.Towel
25.Toiletries
26.Rak buku/Divider buku
27.Air freshener(optional)
28.Cadar
29.Bantal(suka hati nak bawak berapa sebab UiTM tak sediakan)
30.Sabun basuh baju & Baldi.
31.Kotak letak barang peribadi(Benda ni agak optional.tapi bagi siswi aku rasa penting kot sebab barang korang banyak punya,tak muat locker)
32.3 pin point wire cable
33.Charger phone
34.telekung dan sejadah
35.Botol air
-Aku rasa tu je yang perlu.Apa2 persoalan boleh tanya kat comment.Etika pemakaian semasa pendaftaran ialah baju kurung/baju formal.Aku sarankan baju kurung dengan bawal sebab mungkin korang akan start mds lepas pendaftaran/lepas zohor.
Assalamualaikum....apa line phone yg ok dekat uitm segamat ???
ReplyDeleteWaalaikumussalam selalu yang okay maxis dgn digi
ReplyDeletenak tanya, ni sis ke bro & dah masuk semester ke berapa kat UiTMJ?
ReplyDeleteNak Tanya printer penting ke nak bawa
ReplyDelete